Bagaimana Mengenal Pasti Mesin ATM Yang Ada Pengimbas Data. (11 gambar)


Baru-baru ni heboh berita tertumpasnya satu sindiket mencuri maklumat dan wang pengguna mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan menggunakan alat pengimbas data setelah polis berjaya menahan seorang lelaki warga Poland di pusat beli-belah Suria KLCC di sini. 

Modus operandi sindiket tersebut ialah mencuri data daripada pelanggan mesin ATM melalui alatan pengimbas tersebut sebelum membuat kad klon mereka dan mengeluarkan wang di dalam akaun mangsa di luar negara. Jadi di sini kami ingin kongsikan bersama anda bagaimana untuk mengenal pasti mesin atm yang ada alat pengimbas data atau dipanggil “ATM skimming device” dan langkah-langkah keselamatan semasa mengeluarkan wang di mesin ATM. 

Apa itu ATM Skimming Device?

ATM skimming device adalah satu alat yang digunakan oleh penjenayah untuk menyalin data dari jalur magnetic kad ATM pengguna.
Alat ini selalunya bersaiz kecil dan diletakkan di mesin-mesin ATM tanpa disedari oleh pengguna.





Di mana hendak mengenalpasti alat ini di mesin ATM?




Mesin ATM normal


Penunjuk masuk kad yang berkelip dapat dilihat dengan mudah.

Kebanyakan alat pengimbas data akan menutup penunjuk masuk kad yang berkelip ini.
Mesin ATM yang ada alat pengimbas

Alat ini direka untuk kelihatan seperti sebahagian dari mesin ATM itu sendiri.

Penunjuk masuk kad yang berkelip tidak dapat dilihat dan tempat untuk memasukkan kad juga berbeza.
Contoh-contoh alat pengimbas data kad ATM yang dipasang di mesin ATM
 
 

0 Comment "Bagaimana Mengenal Pasti Mesin ATM Yang Ada Pengimbas Data. (11 gambar)"

Post a Comment

Thank you for your comments