Dimana Anda Boleh Ikuti Info Semasa Berkaitan Banjir Di Malaysia?



Dengan banjir yang menimpa Pantai Timur, ramai pengguna yang ingin mendapatkan pelbagai maklumat semasa dalam bentuk masa-nyata, dan pada masa yang sama mengelak daripada pelbagai info palsu. Untuknya, pihak kerajaan telah menyediakan beberapa saluran khusus, dan tidak ketinggalan daripada pembangun bebas.


Public InfoBanjir

Dikendalikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, dimana mereka menawarkan kemaskini melalui laman sosial seperti Twitter dan Facebook berkenaan keadaan semasa sungai dan sistem saliran. Portal rasmi mereka dilihat menghadapi masalah teknikal untuk diakses buat masa ini, tetapi mereka masih aktif mengemaskini Twitter di @PublicIB, selain pada halaman Facebook mereka.
Ikuti di Twitter atau Facebook

Informasi Bencana

Disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara, dimana mereka turut sama menawarkan kemaskini dalam bentuk masa-nyata pada laman sosial mereka, selain turut menyediakan sebuah portal khusus untuk membolehkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini dengan mudah.
Layari: Informasi Bencana. Facebook Informasi Bencana

MyBanjir

Laman ini dibangunkan dengan usahasama pihak MaGIC, yang mana memaparkan berita-berita semasa berkaitan banjir. Pembangunnya mengatakan akan mengintegrasikan data semasa dan peta pada kemaskini akan datang.

Layari : MyBanjir
 
Muat-turun: Aplikasi Android MyBanjir 

Lain-Lain
Terdapat beberapa perkhidmatan lain yang anda boleh gunakan untuk mengetahui info berkaitan dengan banjir ini, termasuk melihat data taburan hujan semasa oleh MOSTI. Selain daripada itu, anda juga turut boleh mengikuti perkembangan semasa melalui beberapa akaun Twitter saluran rasmi berita, dan salah satunya adalah Bernama.

Kredit To: Amanz.my



0 Comment "Dimana Anda Boleh Ikuti Info Semasa Berkaitan Banjir Di Malaysia?"

Post a Comment

Thank you for your comments