“Saya tidak begitu bersetuju dengan apa yang dikatakan Neymar sama ada Argentina ataupun Jerman sepatutnya menjadi juara,” kata Rodriguez. “Apa yang saya pentingkan ialah apa yang mereka katakan di sana (Argentina), saya tidak kisah dengan apa yang dikatakan oleh orang luar.”
Permusuhan Brazil dan Argentina dalam bola sepak adalah antara paling sengit di dunia dan ia bertambah panas apabila Argentina hanya selangkah untuk menjuarai gelaran ketiga di Stadium Maracana, Rio.
Rodriguez yang dijangka turut memainkan peranan di pentas final mengeluarkan komen kontroversi itu hanya sejam selepas Neymar menyuarakan sokongannya kepada Argentina.
Argentina akan menentang Jerman yang menghadiahkan Brazil kekalahan bersejarah 7-1 di separuh akhir.
Brazil pula akan bertemu Belanda dalam penentuan tempat ketiga, awal pagi esok dengan Neymar akan terus menjadi penonton selepas berdepan masalah kecederaan belakang.
Neymar dalam pada itu terus memuji Messi dan berkata, trofi Piala Dunia cukup sesuai buat rakan sepasukannya itu yang sudah memenangi pelbagai gelaran sebelum ini.
“Dia memenangi hampir segala-galanya dan saya fikir dia layak untuk bergelar juara dan saya akan bersorak untuknya menjadi juara,” kata Neymar sambil menambah dia menyokong rakannya dan bukanlah musuh tradisi bola sepak Brazil itu.
“Dia rakan sepasukan dan kawan saya,” katanya. - Reuters
SUMBER: Berita Harian
0 Comment "Piala Dunia: Neymar mahu Messi julang piala "
Post a Comment