Terowong Runtuh, Laluan Di Jalan Imbi Jerlus

 
 ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa keadaan terowong pejalan kaki yang masih di dalam pembinaan runtuh dalam kejadian pagi tadi di Jalan Imbi, Kuala lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali


 KUALA LUMPUR: Sebuah terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi berhampiran Jalan Pudu di sini, runtuh jam 10.38 pagi semalam, menyebabkan laluan di situ jerlus sepanjang hampir 19 meter.

Dua jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan mengenai mangsa terperangkap atau kemalangan jiwa.  -Berita Harian










0 Comment "Terowong Runtuh, Laluan Di Jalan Imbi Jerlus"

Post a Comment

Thank you for your comments