Ujian Lesen Memandu Bakal Diselia Secara ICT Bermula Tahun Hadapan
Dalam usaha untuk mengurangkan penyelewangan dalam memperoleh lesen memandu, bermula April 2015 kelak, JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) akan menggunakan sokongan teknologi dalam mengawal-selia ujian untuk mendapatkan lesen memandu.
Sistem untuknya kini dalam proses pembangunan, dan dikatakan akan menambah-baik sistem ujian yang digunakan sekarang. Dengan mengimplementasikannya kelak, seseorang pegawai JPJ hanya akan memainkan peranan sehingga 40% sahaja untuk menentukan seseorang yang mengambil ujian memandu itu lulus atau gagal. Sementara selebihnya sebanyak 60% akan diselia menggunakan sistem ICT tersebut.
Buat masa ini, pihak JPJ menggunakan ujian komputer untuk bahagian ujian undang-undang sahaja, sementara untuk ujian mendaki bukit, memparkir, serta memandu di jalan raya, ia bergantung sepenuhnya kepada pegawai JPJ.
SUMBER: Amanz
0 Comment "Ujian Lesen Memandu Bakal Diselia Secara ICT Bermula Tahun Hadapan"
Post a Comment